SEJARAH RINGKAS KG PATAU TAMBUNAN

Secara Umum.
Kampung Patau merupakan sebuah kampung yang terletak dipedalaman 
Negeri Sabah,dikelilingi oleh gunung-ganang disebelah selatan,timur,utara dan disebelah baratnya terletak Banjaran Crocker iaitu Taman Negara yang terbesar dinegeri sabah.Lokasinya adalah: Latitude 5°00' - 5°40'dengan ketinggian lebih kurang 2500 kaki dari paras laut.Ketika ini ianya boleh dilalui antara perjalanan darat daripada Ranau ke Tambunan dan keningau dengan menaiki kenderaan.

Asal-usul Kg.Patau.
Menurut cerita masa dahulu, Patau berasal dari sepohon kayu yang dikenali sebagai pokok patau.Pokok ini tumbuh rimbun disalah satu tempat dikampung patau.Adalah dipercayai bahawa penduduk awal yang meneroka kg patau adalah Amuru, uliti, ukang, atuoi ,umbat ,embayan,Mansai, Matigal,Enggai,sabuntil, angkis, lagan, ajuni,uringgon,abutil dan lanun, merekalah peneroka pertama yang meneroka kawasan ini dan telah menamakan kampung patau sempena pokok yang mereka temui itu.Manakala kawasan penempatan yang pertama dibuka adalah dikawasan halaman rumah Mendiang Uliti Unggaron yang berdekatan dengan rumah En.Kasmir sekarang.

Agama.
Dahulunya penduduk awal patau rata-rata tidak mempunyai pegangan agama.Kebanyakan mereka menganut agama yang dikenali sebagai 'Kapir'.Mengikut pengertian sekarang ini kapir merupakan panggilan kepada mereka yang tidak beragama.Mereka memuja tuhan dengan cara mengadakan upacara mogondi yang mana upacara ini dijalankan untuk memohon kepada tuhan agar memberi perlindungan,keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka.Pemimpin agama yang ternama pada masa itu adalah Ohiom, Ongkung, Usioh, Babou, Kundihis dan Soloyom.Selain daripada memimpin agama mereka juga bertindak sebagai bomoh yang memberi perkhidmatan penyembuhan kepada penyakit.


Perkahwinan.
Adat perkahwinan pada ketika itu diadakan dengan cara adat kampung dimana bakal pengantin akan dikahwinkan dengan orang yang tidak kenali oleh bakal pengantin.Ketika itu ibubapa lah yang akan menentukan jodoh dan anak yang akan berkahwin hanya akan mengikut kehendak ibubapa nya.Hantaran pada ketika itu adalah kerbau, panding,bagaton dan gong.Mengikut kajian penulis,hantaran pada ketika itu merupakan 4 hingga 5 ekor kerbau serta beberapa buah panding dan bagaton serta gong.Keluarga yang agak berada akan memberi jumlah hantaran berlebihan mengikut kemampuan.Selepas itu akan diadakan upacara makan-makan dan minum-minum.Pada masa itu cara mereka menyediakan makanan adalah dengan membungkus nasi dengan mengunakan daun tarap yang mana masih diamalkan hingga ke tahun-tahun 80 an.Penulis sempat merasai bagaimaan keenakan makan dengan mengunakkan daun tarap.Semememang sedap sehingga terasa aromanya.Antara lauk pauk mereka adalah daripada binatang-binatang hasil buruan seperti babi hutan, kijang, dan pelanduk kerana pada masa itu amat mudah sekali untuk mendapat kan binatang-binatang tersebut.Cuba anda bayangkan mereka mudah memperolehinya dengan memburu disekitar bekas rumah Mendiang Araman diatas bukit.Dan masa berburu pula tidak memakan masa yang lama cuma hanya beberapa minit sahaja dan mereka mengunakkan tandus
( Bujak ) serta anjing-anjing.

Sumber Pendapatan.
Sumber pendapatan penduduk awal kg.patau adalah bercucuk tanam.Mereka menanam padi sawah, padi bukit, dan menanam sayur.Manakala mereka akan ke kota kinabalu dengan berjalan selama seminggu untuk membeli garam dengan mengunakkan beras yang mereka perolehi.


Kematian.
Apabila berlaku kematian, maka rumah yang didiami oleh keluarga simati akan dibuka di tepi dinding untuk tempat keluar mayat.Pada masa dahulu sudah menjadi adat apabila berlaku kematian hanyalah anak-anak kepada simati yang boleh mengangkat mayatnya ke kuburan.

Adat dulu-dulu.
Sejak kewujudan kg.patau, memang telah ada pantang larang atau dikenali sebagai adat.Adat ini diujudkan untuk mengajak penduduk kampung agak tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang bertentangan dengan penduduk.Antara adat yang mereka amalkan adalah pertama, tidak boleh pergi ke tabasan sekiranya berjumpa dengan lontugi (Mentibang).Sekiranya seseorang yang terjumpa serangga ini,adalah lebih baik kembali ke rumah dan berehat dan akan meneruskan kerja pada keesokan harinya.Sekiranya dia meneruskan juga perjalanannya kebendang atau tujuan asalnya maka berlaku lah meleptaka yang tidak diduga seperti luka,disengat tabuan, digitit lipan terluka oleh parang atau cangkul dan lain-lain.Adat-adat yang lain adalah sekiranya seseorang itu terdengar bunyi burung lokiu ( tidak diketahui nama sebenar) berlaungan maka akan berlaku sesuatu yang tidak diingini di kampung.Antaranya kematian, kecelekaan, kemalangan.Selain dari itu kesalahan-kesalahan yang akan dikenakan sogit di kampung adalah seperti meremas susu perempuan (Maaf ya).Sekiranya didapati seseorang melakukan perkara sedemikian maka sogitnya adalah denda sebanyak RM5.00 dan dibayar kepada Ketua kampung.


Pesta Kaamatan.
Tidak seperti sekarang ini,perayaan pesta kaamatan diadakan dengan mengadakan upacara magandawai.Pesta ini diadakan untuk menuja semangat padi agar mereka akan dianugerahkan hasil padi yang banyak pada tahun-tahun akan datang.Pesta ini pula akan diadakan disatu tempat yang dikenali sebagai "Kibongol".Mereka akan berpesta dan adalah lah acara makan-makan dan minum-minum minuman tradisi seperti tapai dan bahar.Ketika itu belum ada peralatan muzik seperti gitar mereka hanya mengunakkan Gong, sompoton, seruling dan tongkungon(Bambu yang dikopek kulitnya dan dijadikan string macam string gitar).Mereka berpesta dan hanya makan minum serta menari.


Sumber : Daripada penduduk veteran di Kg.Patau