MENINGKATKAN GAYA HIDUP                                                                                                                               Oleh - Dr. David Chang (Saintis dan Pakar Pemakanan dari Amerika).

Untuk mengubah gaya hidup kita kepada gaya hidup sihat kita mesti mengikut nasihat yang telah diberikannya dengan terperinci iaitu:-

  1. Makan dengan cara yang betul (Eat Right).
  2. Bersenam. Senaman yang paling baik bagi pendapat Dr. Chang ialah berjalan atau menaiki tangga. Dengan ini kita hendaklah bersenam 3 kali dalam seminggu dan lebih daripada 20 minit bagi setiap sesi.
  3. Berehat. Rehat adalah perlu untuk memberi peluang kepada badan kita supaya dapat memperbaiki sel-sel yang rosak, kerana proses membaik-pulih berlaku semasa kita berehat.
    Menurutnya, berehat sambil menonton TV bukanlah dipanggil rehat. Rehat erti kata yang sebenarnya adalah tidur yang nyenyak.
  4. Memakan Makanan Tambahan. Kita perlu memakan makan tambahan supaya tubuh badan kita akan sentiasa sihat dan terjamin bahawa tubuh badan kita ini mendapat zat, vitamin dan mineral yang diperlukan. Makanan yang kita makan sehari-hari hanyalah untuk kita meneruskan kehidupan sehari-hari. Kadang-kadang ianya tidak lagi berzat sepertimana yang kita sangkakan dan ianya mengandungi bahan kimia yang kita belum tahu apakah akibitnya apabila kita mengambilnya dalam jangka masa yang panjang.
  5. Yang terakhir sekali ialah, anda perlu Kaya. Untuk Sihat dan ceria, kita perlu berduit untuk beli makanan yang baik dan makanan tambahan tambahan yang berkualiti.