LES KETCHUP GEGARKAN DUNIA MUZIK DENGAN 'THE KETCHUP SONG (HEY HAH)'

"The Ketchup Song (Hey Hah)" oleh Las Ketchup melonjak popularitinya pada tahun 2002 ini. Kalau anda masih ingat lagi dengan lagu Macarena yang mengegarkan arena muzik dunia pada tahu 1996 kerana irama dansanya. Lagunya yang 'catchy' , menjadikannya lagu pilihan dalam majlis tari menari, kala ini giliran The Ketchup Song pula mengegarkan dewan tarian dan disko-disko.

"The Ketchup Song (Hey Hah)" kini menjadi sensasi antarabangsa dengan menduduki tangga pertama di Belgium (Platinum), Finland, Peranchid, German (Emas), Belanda (Platinum), Itali (Platinum), Portugis, Sepanyol (Platinum), Sweden (Emas) dan Switzerland (Platinum). Lagu ini juga mencapai status nombor satu di Amerika tengah dan Selatan.

Apa yang menakjubkan "The Ketchup Song (Hey Hah)" berjaya menyingkirkan Eminem daripada tangga pertama dalam carta muzik Eropah dan Carta Jualan Single Media, yang merupakan gabungan jualan album di seluruh Eropah.

Las Ketchup, terdiri daripada tiga gadis berbakat yang datang dari Sepanyol iaitu Lola, Lucía dan Pilar Muñoz. Mereka merupakan anak-anak gadis Tomate, seorang pemain gitar 'flamenco' tradisional yang sangat terkenal.

Ketiga-tiga gadis ini dilahirkan di wilayah Andalusia yang terkenal dengan irama tradisi flamenco and sukan lawan lembu. Lola, Lucía dan Pilar telah mencipta irama yang amat mengagumkan hasil kombinasi elemen muzik rumba Sepanyol, Latin pop, Jamaica reggae, dan hip-hop.

Dengan kegilaan irama dansa pada musim panas ini, Las Ketchup dengan "The Ketchup Song (Hey Hah)" mula untuk menguasai corong-corong radio di Amerika Syarikat. Lagu ini mula ke udara di AS apabila stesen radio WKTU di New York memutarkan lagu ini dan serta merta ia menjadi lagu nombor 1 paling banyak mendapat permintaan daripada pendengar-pendengar. Ia juga menduduki tangga ke-5 lagu yang paling kerap diputarkan di radio dan kini bersiap sedia untuk menguasai carta Amerika Syarikat keseluruhannya.

DI Mexico lagu ini sudahpun menduduki tangga pertama dan juga dalam carta lagu-lagu di Eropah ( Belanda, Itali, Portugis, Sepanyol dan Switzerland) serta di pasaran Latin Amerika (terutama di Argentina). Album the Las Ketchup bakal tersusun di rak-rak labum di kendai-kedai di Amerika Syarikat dengan tiga warna album cover pada 15 Oktober ini dibawah pengedaran Columbia Records.

Sumber : era.fm